Skip to main content

Pengajian Malaysia Bab 5 : Isu-Isu Keprihatinan Negara

5.0 PENGENALAN

           Kesemua Negara di dunia mempraktikan premis tersebut dalam pengubalan dasar luar       hubungannya dengan Negara lain. Bagi Malaysia sangat penting agar usaha serta langkah yang kita ambil berpandukan objektif menjamin keselamatan serta kemakmuran dan juga menentukan keamanan di rantau Asia Tenggara terus berkekalan. Harus ditekankan bahawa kepentingan Negara kita sebenarnya amat meluas dan tidak hanya tertakluk kepada isu keamanan dan keselamatan semata mata bahkan melibatkan juga ekonomi Negara.
Secara umumnya, tujuan Malaysia membina hubungan dengan Negara luar ialah menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malayasia diarena antarabangsa,. Seterusnya, menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia. Selepas itu, mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Kemudian, Malaysia mahu menanggani perlembagaan dan cabaran politik dan ekonomi, keselamtan, dan social pada peringkat antarabangsa. Justeru, mempertahankan dan memajukan hak kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang. Akhir sekali, memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan Negara Negara lain.

5.1.1 PERANAN ASEAN
          Persatuan Negara-negara Asian Tenggara atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967di Bangkok. Penubuhannya bertujuan mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggato mengadakan mesyuarat pada setiap November. Negara-negara anggota bagi ASEAN ialah Brunie Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Loas, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara anggota ASEAN adalah untuk mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian,kerjasama dari aspek ekonomi, politik, sosial, kebudayaan, pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

 Terdapat banyak persetujuaan negara anggota ASEAN dalam pelbagai bidang,termasuklah bidang keselamatan, ekonomi, sosial dan kebudayaan, pendidikan beserta penyelidikan. Antara persetujuan yang telah dibuat dalam bidang keselamatan ialah menerima konsep South East Asia Nuclear Weapons Zone(SEANWFZ), iaitu menjadikan rantau ASEAN bebas daripada tenaga nuklear Selain itu, negara anggota ASEAN juga bersetuju menerima konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN), iaitu bebas daripada persaingan kuasa besar. Dalam bidang pendidikan,ASEAN telah bersetuju menubuhkan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN(SEAMEO), iaitu perkongsian kepakaran untuk dipelajari oleh para pelajar dari negara anggota.
Dalam bidang kebudayaan,telekomunikasi dan kesenian,pelbagai kerjasama telah dilaksanakan. Antaranya ialah Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, Pertukaran berita dan penyiaran TV dan Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB. Kerjasama dalam bidang ekonomi, penyelidikan dan perubatan pula merangkumi penubuhan Majlis Perbankan ASEAN(ASEAN Banking Council), pelaksanaan projek - projek perindustrian seperti projek baja urea,projek vaksin Hepatitis B, denggi dan Coxsakie B.

5.1.2 PERANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (OIC)

            OIC ialah singkatan kepada Organization of Islamic Conference atau Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam.Selain itu,OIC adalah Organisasi antara kerajaan yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika.OIC bertindak sebagai forum khusus untuk negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah khususnya konflik antara Israel-Palestin.Ia ditubuhkan pada 1971 atas cadangan Malaysia dan Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.Selain itu,Malaysia juga berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara Islam sangat mustahak.Pertubuhan OIC ini bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi,pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meningkatkan Syiar Islam.



PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)

*MALAYSIA  AMAT GIAT DALAM PEMBANGUNAN OIC SEPERTI PENUBUHAN  BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB) ATAU MENANGANI MASALAH YANG DIHADAPI  OLEH NEGARA-NEGARA ISLAM CONTOHNYA,SEPERTI MENGKRITIK CAMPUR TANGAN RUSIA DI AFGHANISTAN ,MENYOKONG PERJUANGAN PALESTIN DAN LAIN-LAIN.SELAIN ITU,MALAYSIA JUGA TELAH MEMBUAT PELABURAN DALAM INDUSTRI MINYAK DAN GAS DI BEBERAPA BUAH NEGARA OIC SEPERTI DI IRAN.BAGI MENGERATKAN LAGI IKATAN SILATURAHIM ANTARA NEGARA ISLAM,MALAYSIA TELAH MENGANJURKAN PERTANDINGAN MEMBACA AL-QURAN PADA SETIAP TAHUN. AKHIRNYA,  MALAYSIAJUGA TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENERAJUI  THE EMINENT PERSONS GROUP  YANG BERTUJUAN MENYEDIAKAN PELAN TINDAKAN BAGI MEMBOLEHKAN UMAT ISLAM MENGHADAPI CABARAN ABAD KE -21.


5.1.3 PERANAN PERTUBHAN NEGARA-NEGARA BEBAS JAJAHAN BRITISH (KOMANWEL)            

Negara-negara KOMANWEL ialah negara-negara yang pernh dijajah oleh pihak British. Mewakili 53 buah Negara ahli. Bukan semua ahlinya diiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketu nagara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua Negara dikenali sebagai Kerajaan KOMANWEl. Bagaimanapun, mejoriti ahlinya adalah Negara republic, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri.
Selepas Negara-negara jajahan british mencapai kemerdekaan , komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan Negara-negara bekas jajahn british ini. Komanwel ditubuhkan kepada tahun 1926 hasil idea Lord Rosebury . Pernyertan Malaysia bermula sebaik sahaja mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Matlamat penyertaan Malaysia ialah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan , pembangunan ekonomi , pendidikan , pertahanan , pertaniah dan perundangan yang baik. Syarat-syarat keahlian mestilah sebuah Negara merdeka , persamaan taraf dan taat setia kepada raja Britian
Objektif Komanwel ditubuhkan adalah untuk mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan Negara anggota. Selain itu membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidan di kalangan nehara anggota. Seterusnya menjaga kebajikan Negara-negara ahli untuk memajukan Negara anggota , memberi kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britian terutama untuk pesaran barangan Negara anggota Komanwel di Britian. Selain itu, pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran Negara anggota. Serta , memberi kemudahan pendidikan kepada Negara anggota melalui Rancangan Pelajaran Komanwel.
Penglibatan Malaysia dalam Komanwel ialah membankitkan isu-isu ekonomi. Membantu membangunkan sosioekonomi Negara anggota da kejersama dan tolong-menolong antara satu sama lain. Malaysia membangkitkan isu kemanusian terutama isu hak asasi manusia dan mengecam amalan Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang mengamalkan dasar diskriminasi kaum. Menyeru Negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel. Malaysia telah memberikan matlumat tentang benih pokok getah dan cara menanam getah kepada Sri Lanka. Malaysia tururt memeri biasiswa kepada pelajar Britian, India, New Zealand dan lain-lain.
Sumbangan Malaysia dalam Komanwel ialah mengajurkan mesyuarat CHOGM(1989). Mengishtiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.memberi peluang untuk menyuarakan penentangan terhadap dasar Aparthrid di Afrika Selatan yang menyalahgunakab hak asasi manusia. Eksport Malaysia ke negara Komanwel terutamanya Britian dikenakan cukai yang rendah tetapi kistimewaan ini ditarik balik selepas Britian menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
Kepentingan Malaysia Dalam Komanwel ialah pada peringkat awal kemerdekaan , Malaysia masih bergantung kepada Britian dari aspek pertahanan melalui perjanjian pertahanan dikenali sebagai Perjanjian Pertahan Anglo – Malaya (AMDA) yang ditandatangani pada Oktober 1957. Malaysia telah mendapat kepentingan semasa menghadapi Konfrotasi di mana Malaysia telah mendapat bantuan ketenteraan untuk mengawasi kawasan perairan Sabah dan Sarawak dari penceroboh Indonesia. Semasa darurat , Malaysia mendapat bantuan ketenteraan dari Negara komanwel seperti Fiji dan Nepal. Pada tahun 1950 , Malaysia mendapat banyak bantuan daripada Rancangan Colombo seperti biasiswa kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi.
Kesimpulannya , dengan keanggotaan dari 53 negara di seluruh dunia , dari setiap benua dan dengan 1.6 billion penduduk , Negara-negara komanwel percaya bahwa mereka boleh menunjukkan satu contoh yang konstruktif mengenai pendekatan multi-nasional yang penting bagi keamanan dan pembangunan dunia moden. Badan ini berasaskan perunding , perbincangan dan kerjasama. Hubungan ini menggalakan dan meluaskan kesefahaman antara Negara dan membekal pengaruh yang kuat demi keamanan.

5.1.4   Peranan Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
        Pergerakkan Negara-negara Berkecuali (NAM) ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai lebih114 buah negara yang tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa. NAM telah diasaskan pada tahun 1961 . Secara umumnya, tujuan pernibuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pergisytiharan Havana 1979 adalah untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan , integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, permisahan bangsa, perkauman dan pencerobohan daripada bangsa-bangsa asing, perkerjaan dan dominasi kuasa serta kumpulan politik. Tujuan utama Penubuhan NAM ialah mewujudkan kerjasama yang erat dalam kalangan negara anggota. Selain itu, menjadi medan diskusi bagi negara-negara anggota untuk menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa. Seterusnya, mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi. Disamping itu, memperjuangkan negara-negara sedang membangun. Selain itu, menekankan hak ehwal isu-isu berkaitan dengan ekonomi. Seterusnya, mewujudkan muafakat dan kerjasama dalam kalangan anggota NAM mealui rundingan. Akhir sekali, meningkatkan penguasaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.
           Malaysia melibatkan diri secar aktif dalam pergerakkan NAM. Hal ini kerana, dasar NAM secocok dengan pendirian Malaysia yang menginginkan interaksi yang baik antara semua negara tanpa mengira ideologi politik mereka dan mendapat faedah daripadanya. Malaysia telah diberikan penghormatan menjadi tuan rumah atau pengerusi persidangan NAM pada Februari 2003. menerusi persidangan tersebut, Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isi-isu lain seperti ekonomi dan perdagangan, kerjasama selatan-selatan (KSS), pembangunan, pembasmian kemiskinan, pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat isu-isu yang berkepentingan kepada NAM. Tumpuan dan penekanan isu-isu ini dilakukan melalui tindakan sususlan ke atas perkara-perkara yang telah digariskan dalam Deklarasi Kula Lumpur serta Dokumen Muktamat mengenai isu global, analisis situasi antarbangsa, ekonomi dan sosial yang telah dikeluarkan pada sidang kemuncak NAM ke-13. Persidangan tersebut dianggap sebagai pengajuran persidangan yang terbaik oleh negara-negara anggota NAM.
         Keberkesanan peranan Malaysia sebagai tuan rumah NAM telah terserlah melalui inisiatif-inisiatif serta usaha penyuburan semula NAM seperti yang telah digariskan secara terperinci dalam Deklarasi Kuala Lumpur serta Dokumen Muktamat mengenai isu global, analisis situasi antarabangsa, ekonomi dan sosial dianggap sebagai penganjuran persidangan yang terbaik oleh negara-negara anggota NAM.
           Kejayaan tersebut secara tidak langsung telah menafikan tanggapan negatif umum terhadap NAM, sekali gus menonjolkan keberkesanan pemimpin Malaysia sebagai pengerusi NAM menerusi pendekatan yang relevan kepada situasi semasa, iaitu keupayaan Malaysia dalam memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesana NAM setelah berakhirnya Perang Dingin. Selain itu, kebolehan Malaysia untuk merangsang perpaduan serta penyatuan sesama negara-negara anggota dalam keadaan mereka yang sedang menghadapi tekanan daripada negara-negara yang maju dan lebih berkuasa serta berpengaruh. Seterusnya, keberkesanan Malaysia dalam mempromosikan serta menguatkan lagi mekanisme diplomatasi pelbagai hala bagi menghadapi kecenderungan ke arah penyelesaian secara unliteral oleh kuasa-kuasa besar , seperti Amerika Syarikat. Akhir sekali, keupayaan untuk menyuarakan dan mempromosikan kepentingan negara-negara sedang membangun dalam aspek-aspek hubungan antarabangsa, khususnya dalam bidang politik, ekonomi, perdagangan dan sosial.
           Malaysia telah memainkan peranannya dengan baik dengan mengambil inisiatif tambahan ke arah memikul tanggungjawab sebagai pengerusi NAM seperti rancangan Pelancaran `Portal e-Sekretariat NAM’ pada Mac 2004 yang bertindak sebagai pengkalan data kepada kesemua isu berhubung NAM bagi mempertingkatkan komunikasi serta koordinasi, mempercepatkan proses membuat keputusan dan merapatkan jurang perbezaan digital serta perpaduan antara negara anggota NAM. Selain itu, inisiatif ini diambil kerana ICT memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, terutama sekali dalam konteks globalisasi yang kebanyakkan negara anggota NAM agak kebelakang-dalam bidang tersebut. Antara rancangan lain ialah Penganjuran Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM mengenai Palestin di Putrajaya pada13 Mei 2004 yang bertindak sebagai reaksi segera kepada pergolakkan yang meruncing di wilayah Palestin, disusuli dengan Mesyuarat Peringat Menteri NAM mengenai Palestin di Durban, Afrika Selatan pada 18 Ogos 2004. Rancangan lain pula, Mesyuarat Peringkat Menteri NAM mengenai kemajuan wanita dengan kerjasama kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat yang menyumbang ke arah pembangunan wanita negara-negara anggota NAM.
           Persidangan kemuncak NAM yang pernah dijalankan adalah persidangan pertama di Belgrade pada 1 hingga 6 September 1961, persidangan kedua di Cairo pada 5 hingga 10 Oktober 1964, persidangan ketiga di Lukasa pada 8 hingga 10 September 1970, persidangan keempat di Algiers 5 hingga 9 Septembar 1973, persidanga kelima di Colombo pada 16 hingga 19 Ogos 1976, persidangan keenam di Havana pada 3 hingga 9 September 1979, persidangan ketujuh di New Delhi pada 7 hingga 12 Mac 1983, persidangan kelapan di Harare pada 1 hingga 6 September 1986, persidngan kesembilan di Belgrade pada 4 hingga 7 September 1989, persidangan kesepuluh di Jakarta pada 1 hingga 7 September 1992, persidangan kesebelas di Cartagena de Indias pada 18 hingga 20 Oktober 1995, persidangan kedua belas di Durban pada 29 Ogos hingga 3 September 1998, persidangan terakhir di Kuala Lumpur pada 20 hingga 25 Februari 2004.

5.1.5  PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
           Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957 selepas mencapai kemerdekaan. Prinsip PBB ialah Menjamin keamanan dan keselematan dunia. Memupuk hubungan harmoni antara Negara anggota. Menyelesaikan krisis antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia.  Memupuk perkembangan dalam bidang kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup masyarakat dunia.
Dasar PBB adalah negara anggota wajib mematuhi Piagam PBB. Menetapkan persamaan taraf dan kedaulatan Negara anggota.  Menyelesaikan pertelingkahan antarabangsa dengan adil dan saksama sejajar dengan piagam PBB. Negara anggota dilarang menggunakan kekerasan terhadap Negara lain.  Tidak campur tangan dalam hal ehwal sesebuah Negara kecuali ia mengancam keamanan dan keselamatan umum
Struktur PBB:

Bil.
Organisasi dalam PBB
Peranan
1.
Perhimpunan Agung
Badan terpenting kerana berperanan melantik 5 badan lain.
2.
Majlis Keselamatan
Berperanan dalam hal ehwal keamanan dan keselamatan dunia.
3.
Majlis Ekonomi & Sosial
Berperanan menyelaras dan melaksanakan aktiviti PBB dalam bidang ekonomi, sosial, kemanusiaan dan kebudayaan.
4.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Berperanan memberi nasihat atas cadangan Perhimpunan Agung atau Majlis Keselamatan dan mengendalikan kes antarabangsa yang diajukan.
5.
Majlis Amanah
Berperanan menyelia dan memantau wilayah yang diamanahkan di bawah pentadbiran PBB.
6.
Sekretariat
Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang merupakan pentadbir tertinggi.



          Sebab - sebab kemasukan Malaysia Ke PBB adalah untuk melicinkan percantuman Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Menikmati bantuan tertentu . Selain itu,  isu-isu yang melibatkan Malaysia dan PBB adalah merupakan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia diselesaikan. Tuntutan Filipina ke atas Wilayah Sabah dibawa ke mahkamah Pengadilan Antarabangsa. Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Malaysia. Pertikaian Pulau baru Putih dibawa ke Mahkamah Pengadilan Antarabangsa. Isu dan kegagalan PBB adalah kuasa Veto. Masalah kewangan. Kelemahan Pasukan Tentera Pengaman PBB. Tiada kesepakatan negara anggota merupakan kegagalan yang amat besar.
Menangani isu dan kelemahan PBB untuk menambah bilangan anggota tetap Majlis Keselamatan dan menghapuskan atau menjadikan penggunaan kuasa veto secara berjuri agar berlaku pendemokrasian PBB. Menerima German dan Jepun sebagai ahli baru. Menyusun semula struktur PBB. Mengurangkan kos pengoperasian
Kesimpulannya, kemasukan Malaysia ke PBB telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan manakala UNESCO telah memajukan sistem pendidikan negara.

5.2               Konsep Pembangunan Dan Alam Sekitar

5.2.1            Menjelaskan Konsep Pencemaran Dan Pemuliharaan Alam Sekitar

          Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber asli melalui berbagai program Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED). Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.

          Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap,mekanisme ekonomi yang positif dilaksanakan. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini menggalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologi bercirikan kecemerlangan kualiti alam sekitar.Tegasnya pembangunan dan diteruskan tanpa mencemar kualiti alam sekitar.

          Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah,pencemaran air dan udara.

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Kualiti Alam Sekitar

          Pencemaran dan kemrosotan kualiti alam sekitar akan menyebabakan kesan yang negative bukan sahaja terhadap kesihatan mausia tetapi juga kemajuan ekonomi Negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan di abad ni pengkaji mendapati bahawa jika manusia tidak menjaga dan memulihara alam sekitar bagi mengelakkan kesan-kesan negatif, kualiti kehidupan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya, Ini kerana walaupun kemajuan fizikal dipertingkatkan namun akibat kelalaian, kerakusan dan sifat suka membelakangkan undang-undang, manusia akan hilang sedikit demi sedikit nikmat alam yang indah dan udara yang bersih. Umumnya, jika keadaaa demikian berterusan, makhluk di bumi ini akan terus mengalami kesan-kesan buruk, seperti pencemaran alam sekitar.


5.3 KONSEP PEMBANGUNAN INSAN
          Kerajaan sangat komited dalam pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan ialah tindakan atau program yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi untuk membangunkan seseorang supaya berketerampilan dari aspek pengetahuan, kemahiran & pembentukan sikap dalam melaksanakan tugas. Dalam konteks negara Malaysia, pembangunan modal insan adalah usaha yag dilakukan oleh pihak kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran dan seterusnya berkebolehan membantu. Antara kepentingan pembangunan modal insan adalah menjana pendapatan negara, pembangunan negara pada masa akan datang, penentu kejayaan dasar dasar kerajaan seperti Wawasan 2020, membantu kerajaan dalam membangunkan negara.

  Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi untuk mengisi keperluan negara maju pada abad ke-21. Modal insan yang ingin dihasilkan oleh mantan perdana menteri YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah seseorang yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah. Kementerian Pendidikan Malaysia diberikan tugas yang berat sebagai pemimpin untuk menghasilkan generasi muda yang berpotensi, mempunyai pelbagai kemahiran serta dapat membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup. Seterusnya, mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan negara di mata dunia, selari dengan hasrat dan Falsafah Pendidikan Negara. Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai bentuk kokurikulum yang tersendiri dan tidak hanya memfokuskan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan seseorang insan menjana ekonomi negara semata-mata, sebaliknya memberikan fokus kepada pembinaan sahsiah dan akhlak insan.

5.3.1 SISTEM PENDIDIKAN
        Sistem pendidikan merupakan tunjang pembangunan negara dan menyediakan wadah atau saluran ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada generasi kini. Sistem pendidikan di Malaysia terus berusaha memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang sesuai pada masa yang tepat.

      Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.Selain itu,menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.Seterusnya,memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

PERINGKAT DAN TEMPOH PENDIDIKAN

       Kementerian akan memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pendidikan.Antara langkah yang akan diambil termasuklah memastikan peringkat dan tempoh pendidikan selari dengan amalan sistem pendidikan selari dengan amalan sistem berprestasi tinggi.Seterusnya,pemberian bantuan yang lebih bersasaran dan berasaskan keperluan serta bantuan lain kepada pelajar dan sekolah.

              Sistem pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima peringkat iaitu prasekolah,rendah,menengah serta lepas menengah.Pendidikan prasekolah adalah memberikan tempoh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi intelek,rohani,emosi dan jasmani sebagai persediaan ke sekolah rendah.Antara “Program Asuhan dan Didikan Kanak-kanak” berumur antara empat hingga lima tahun.Selain itu,pusat jagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada empat tahun.

Seterusnya,matlamat pendidikan rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca,menulis,mengira (3M) dan menaakul.Manakala pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas telah diwajibkan oleh kerajaan menjelang tahun 2015.Tindakan ini menjadikan sistem pendidikan Malaysia selari dengan standard tempoh pendidikan wajib antarabangsa dan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang.Tujuan utama pendidikan menengah ialah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikiran tinggi serta menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

       Pendidikan lepas menengah adalah pelajar yang tamat pendidikan sekolah menengah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah (tingkatan enam).Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan mereka untuk melanjutkan peringkat ijazah pertama mereka.

        Sistem persekolahan di Malaysia adalah antara 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal.Tempoh tersebut bertujuan memberi masa yang cukup kepada murid di Malaysia untuk berkembang secara menyeluruh intelek,rohani,emosi,jasmani dan sosial.


  KURIKULUM KEBANGSAAN

           Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal dan merancang kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat pendidikan.Tujuan kurikulum ini adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,rohani,mental dan emosi.
Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada lima seperti yang berikut :

a)Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak

b)Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

c)Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

d)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

e)Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Antara Strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah menyediakan dokumen standard kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak serta kurikulum prasekolah kebangsaan.Seterusnya,menggubal Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata pelajaran di peringkat rendah dan menengah.Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum.Menyemak dan meminda atau membuat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara.Akhir sekali,menyediakan,menyemak dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan.



KOKURIKULUM KEBANGSAAN

        Bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari sudut intelek,minat,bakat,jasmani dan rohani kearah pembangunan kepimpinan murid,pembentukan nilai estetika serta jati diri,Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum.Tujuan pelaksanaan kokurikulum bertujuan memantapkan jati diri dan pembangunan modal insan yang cemerlang.Antara strategi pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid.Memberi wajaran kepada penglibatan yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum.Melibtakan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum.Akhir sekali,memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum.

LALUAN PENDIDIKAN VOKASIONAL

         Pendidikan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal ynag khusus.perbezaan antara teknikal dan vokasional ialah aliran teknikal mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam pendidikan lanjutan,manakala aliran vokasional lebih berorientasi kerjaya.Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015 di rancang dalam bidang Vokasional bagi memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.Di samping itu,Kerajaan mewujudkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional bagi mengukuhkan latihan umtuk lulusan berkemahiran.Kerajaan telah memperluaskan pendidikan vokasional bermula pada peringkat menengah rendah melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada peringkat menengah atas melalui program Kolej Vokasional (KV).


LALUAN PENDIDIKAN TEKNIKAL

        Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh negara.Pendidikan teknikal memberikan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan profesional.Akhir sekali,pendidikan teknikal ini diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan akedemik dan biasanya memerlukan asas akedemik yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.



LALUAN PENDIDIKAN AGAMA
          
          Pendidikan Islam merupakan salah satu kompenen penting dalam sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan.Kerajaan sangat komited dalam meningkatkan pendidikan agama islam di Malaysia.Semua Sekolah Agama Kerajaan melaksanakan kurikulum kebangsaan,manakala SAN dan SABK melaksanakan kurikulum ini dan kurikulum kebangsaan.Manakala sekolah agama swasta boleh memilih sama ada melaksanakan kurikulum kebangsaan atau tidak.Kebanyakan sekolah agama swasta (sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian) terletak di luar bandar dan kekurangan sumber.





LALUAN PENDIDIKAN SUKAN DAN SENI

                Bagi melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang sukan dan seni,Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni.Sekolah sukan dan sekolah seni amat penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis seta penggiat seni.Sekolah jenis ini membantu perkembangan bakat atlet dan penggiat seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Selain itu,murid di sekolah ini juga menerimapendidikan asas yang luas dengan mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar lain.Sekolah ini bertujuan membangunkan potensi muridsecara holistik dan menyeluruh.

PENDIDIKAN KHAS

                Dalam sistem pendidikan,kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) di beri perhatian yang sama dengan pelajar-pelajar normal.Seterusnya,kerajaan beriltizam untuk menangani masalah yang dihadapi dalam sistem pendidikan khas seperti kekurangan guru dan tenaga pakar khidmat sokongan berkelayakan,keterbatasan kurikulum dan pentaksiran,serta ketidakcukupan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.








PENDIDIKAN UNTUK MURID PINTAR CERDAS

                   Golongan murid pintar dan cerdas perlu diberikan pendidikan yang khusus bagi menggilap lagi minda dan keistimewaan mereka.Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah dengan mewujudkan program pendidikan umtuk murid pintar cerdas seperti PERMATA pintar.


PENDIDIKAN SWASTA

                      Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan dan anatarabangsa oleh institusi pendidikan swasta.Institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah,sekolah rendah,sekolah menengah hingga ke peringkat prauniversiti.



KESIMPULAN

-Malaysia ialah sebuah Negara yang mengamalkan hubungan baik deangan Negara-negara di seluruh dunia. Jalinan yang baik dengan Negara luar menyebabkan Malaysia adalah antara Negara yang dikagumi dan dihormati oleh Negara lain. Terdapat pelbagai pertubuhan yang dianggotai oleh Malaysia seperti NAM,ASEAN,PBB, dan OTC. Hubungan kerajaan yang erat ini telah memberikan banyak faedah kepada Negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,alam sekitar,keamanan sejagat,pendidikan dan sebagainya.




Comments

Popular posts from this blog

FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH

DUA 2012 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM TAJUK  :  FENOMENA ALAM SEMESTA SEBAGAI BUKTI KEAGUNGAN CIPTAAN ALLAH NAMA AHLI NO PENDAFTARAN MUHAMMAD HAFIZ FITRI BIN SHAHRULAMAN 02DEE17F1070 MUHAMMAD ZAFRI MIRZA BIN MOHD HANIS 02DEE17F1115 MUHAMMAD NUR AMIRUL RIDZUAN BIN KAMARUDIN 02DTK17F1001 MUHAMMAD NAFIZ NUKHAIR BIN NORAZMAN 02DEE17F1094 MUHAMMAD NUR AIMAN BIN KASMIZAN 02DEE17F1004 NAMA PENSYARAH : RINA FAKHIZAN BINTI MOHD SUKRI SESI JUN 2017 FENOMENA ALAM Fenomena alam  adalah peristiwa non-artifisial dalam pandangan fisika, dan kemudian tak diciptakan oleh  manusia , meskipun dapat memengaruhi manusia (mis.  bakteri ,  penuaan , bencana alam ). Contoh umum dari fenomena alam termasuk  letusan gunung berapi ,  cuaca , dan  pembusukan . ALAM Al...